Maksud NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan
masyarakat Malaysia
yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
Program NILAM ini merangkumi
rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui
aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dengan
Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka
diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Sumber: