SELOKA 5 BETA
Salam sejahtera 1 Malaysia
Seloka 5 Beta menyusul tiba
Hidup bersama berbilang bangsa
Aman bahagia sentiasa hendaknya
Nakhoda kami Hau Jia Yi namanya
Dibantu pula Artif hendaknya
Tak sekepala tapi tegas orangnya
Dibawah pimpinan Encik Ahmad Zabidilah
empunya nama
3 serangkai sentiasa bersama
Afiq,Fiza dan Muzamir adalah orangnya
Perangai mereka entah apa-apa
Atha dan Aima membawa ceria
Satu hospital lain waktunya
Pasangan kembar lain pula ibu dan bapanya
Aida dan Paqan lahir bersama
21 Septembar tanggal tarikhnya
Chiang dan Hew rapat tak terperi
Ke mana sahaja tak lekat di hati
Sumathy.Anne dan Dessy buat hal sendiri
Tak reti-reti nak berdikari
Orangnya lembut tidak terperi
Katak hijau nama diberi
Khairain seorang yang berdikari
Coretan: Nur Azidah Abdullah (5 Beta)
SENYUMAN
Senyuman bagaikan azimat
Aku tertanya-tanya
Adakah senyumanmu itu keramat ?
Senyumanmu amat memikat
Aku terpana dan terleka
Adakah senyumanmu itu
Senyuman Monalisa ?
Senyumanmu tersurat dan tersirat
Adakah aku dapat menerka
Apa yang kau fikirkan ?
Senyumanmu seakan terkandung makrifat
Aku kehairanan lantas ku renung
Betulkah kau tahu ?
Atau sekadar berpura-pura ?
Senyumanmu bagaikan sabel
Tajam menusuk jiwa
Kurasakan seakan sindiran
Tetapi rasa itu kusirnakan
Lantaran kau sahabat seperjuangan
Walau apapun cara senyuman kau ukirkan
Senyumanmu tetap terpahat dalam ingatan
Tidak hilang ditelan zaman
Kerana senyumanmu terkandung
PANTUN NASIHAT
Bunga cempaka si bunga raya
Menyamai benih di rumah kaca
Kalau kita hendak berjaya
Perlu kita banyak membaca
Hang Jebat pahlawan negara
Menuntut ilmu di Gunung Tahan
Bak kata pepatah melayu
Membaca itu kunci kejayaan
Kalau Ani hendak ke kota
Jangan lupa membeli laksa
Waktu sekolah jangan bercinta
Kelak dirimu akan binasa
Remaja laksana bunga setangkai
Mekar mewangi tiada terkulai
Menara gading kian melambai
Semoga cita-cita akan tercapai
Ilmu itu pelita hati
Wajib dituntut setiap hari
Wahai teman marilah berjanji