Sunday 23 September 2012

MATLAMAT DAN STRATEGI


Matlamat 
Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kreatif, progresif, berinovasi, interaktif, berteknologi lagi efektif bagi melahirkan anak didik yang mantap serta seimbang pencapaiannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di samping mampu bersaing di zaman siber ini dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Sekolah, dan Visi serta Misi Pusat Sumber SMK Dang Anum serta selari dengan pemupukan profesionalisme tenaga pengajar yang benar-benar memahami dasar kewujudan, pengoperasian, serta peranan Pusat Sumber sebagai minda sesebuah sekolah.  


Strategi
  • Memupuk minat pelajar terhadap semua mata pelajaran khususnya mata pelajaran bahasa Inggeris dengan menambahkan kuantiti bahan bacaan
  • Meningkatkan kualiti pengurusan serta keberkesanan perlaksanaan Program NILAM
  • Mengadakan bengkel-bengkel penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber serta kemahiran ICT untuk guru-guru serta Pengawas Pusat Sumber
  • Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan komponen-komponen Pusat Sumber
  • Mempertingkatkan keceriaan Pusat Sumber selari dengan peranannya sebagai gedung ilmu
  • Menggandakan usaha ke arah pembentukan suasana pendidikan bestari
  • Memberikan pendedahan berterusan tentang peranan dan pengoperasian PSS kepada warga sekolah serta memperluaskan skop perkhidmatannya
  • Menghidupkan suasana kekeluargaan di kalangan semua warga SMKDA di samping mengeratkan hubungan dengan PKG, dan BTPN

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons