Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Membantu murid-murid ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan iaitu pembelajaran berteraskan sumber.
Melengkapkan murid-murid dengan kemahiran pembelajaran seumur hidup serta asas kemahiran ilmu ICT.
Mewujudkan masyarakat yang berfikir dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk memiliki konsepsi tentang pengetahuan, maklumat, nilai-nilai intrinsik estetik, kebenaran dan tujuan hidup.
Dapat membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, boleh berinteraksi sesama mereka, bekerjasama, berdisiplin serta memahami alam sekitar.
Menambah koleksi BBM yang selari dengan keperluan semasa .
Dapat memupuk tabiat bacaan sukarela serta memperkayakan ilmu, nilai dan akhlak sendiri.
Menanamkan semangat cintakan sekolah, ingin maju serta berdaya saing untuk mengharungi zaman siber.
Menjayakan sistem sirkulasi bahan-bahan PSS secara digital.
Dapat meningkatkan minat serta kualiti penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.
Memperbetulkan konsep serta persepsi warga sekolah tentang sistem pengoperasian dan fungsi PSS sebagai minda sesebuah sekolah.