Sunday 30 September 2012

CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM


CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM
Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Guru
Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid. Data rekod murid hendaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisis. Mulai 2010, i-NILAM diperkenalkan oleh BTP dan semua data berkaitan NILAM telah diup load (muat naik) ke sistem i-NILAM BTP (http://btp.tarantula.my). SK Bandar Pusat melalui JK NILAM telah melantik jawatankuasa tetap upload data NILAM mengikut kelas yang diselaras oleh Penyelaras NILAM iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu.
Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.
Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Best Buy Printable Coupons