SELAMAT DATANG KE PERPUSTAKAAN SMK DANG ANUM
Senja gemilang bayu berpuput, Gugur kenanga di celah jerami, Besarlah hati kami menyambut, Tuan bertamu di PSS kami.
Perkarangan PSS SMK Dang Anum
Sumber bacaan yang berteraskan sejarah negara, tokoh-tokoh negara dan banyak lagi.
Sunday, 30 September 2012
SENARAI BUKU
3:10:00 am
psssmkdanganum
SENARAI BUKU
KOLEKSI
BAHAN BUKAN BUKU (CDRI) MENGIKUT SUBJEK:
BAHASA MELAYU
1. Pementasan Sri Nara oleh SMK Victoria, BTP, 2005
2. Bahasa Melayu Tingkata 4, Raja Bersiung (2cd), BTP, 2003
3. Komponen Sastera Cerita Bayan tiada menurut kata ibu bapanya, BTP, 2006
4. Puisi dalam bahasa Pantun, BTP, 2003
5. Komponen Sastera, Peminangan Puteri Gunung Ledang, BTP, 2006
6. Festival Kesenian, Kementrian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan M’sia.
7. Sepilok Sabah, Orang Utan, BTP, 2001
8. Pendangan Indera Kayangan, Jabatan Kesenian dan Warisan Negeri Perlis
9. Pementasan Puteri Hang Li Po, BTP, 2004
10. Bahasa Melayu, Zapin, BTP, 2001
11. Golongan kata,BTP, 2003
12. Permata Desa, BTP, 2003
13. Tumbuhan Tropika Sagu Rumbia, BTP, 2003
14. Surat Kiriman, BTP, 2003
15. Puisi Melayu Tradisional- Komponen sastera Tkn 4 & 5 (2cd), BTP, 2008
16. Puisi Melayu Tradisional- Komponen sastera Tkn 1,2 & 3 (2cd), BTP, 2008
BAHASA INGGERIS
1. Waves- Reading Physics Text EST Form 4 & 5, BTP, 2005
2. Virtual Laboratory, 2005
3. Bahan Inovasi Kementrian Pendidikan Malaysia Form 4, BTP, 2002
4. Encyclopedia Britannica, 2003
5. Giving Directions, BTP
6. Loking For a rain God Form 4, BTP, 2005
7. Places, Buildings and Monuments Form 4, BTP
8. Introduction to Prepositions, BTP
9. The Nightingale Form 3, BTP
10. The tortoise who could not keep his mouth shut, BTP
11. Instructions on how to make a Handiwork, BTP
SAINS
1. Mata – Men. Rendah, BTP
2. Penggunaan Prinsip Bernoulli dalam kehidupanSeharian, BTP
3. Tuas Tkn 2, BTP
4. Koordinasi Saraf Tkn 4- Tindakan luar kawal, BTP
5. Mengenali Elektrik PMR, BTP
6. Elektrolisis Tkn 4 & 5, BTP
7. Biosphere Form 2, BTP
8. Tanah tanih PMR, BTP
9. Koordinasi Dalam badan kita Tkn 4, BTP
10. My Sensory Organ Form 3, BTP11. The Green Kingdom Form 1, BTP
12. Vertebrates and Invertebrates Form 1, BTP
13. Organ Deria Kulit, BTP
14. Prinsip Bernoulli Tkn 5, BTP
15. Eyes, BTP16. Kesan Haba terhadap Jirim, BTP
17. Pengajaran Mikro- Vertebrtes, BTP
18. Kegigian Tkn 2, BTP
19. Classification of living things, BTP
20. Getaran, BTP
21. Pengelasan Haiwan PMR, BTP
22. Mitosis ( 2cd ), BTP
23. Jirim Tkn 2, BTP
24. Science Poems, BTP
25. Penyakit Gigi TKN 2, BTP
26. Water Cycle, BTP
27. Koodinasi dalam badan kita tkn 4, BTP
28. Vertebrates, BTP
29. Menjelajah Angkasa, BTP
30. Sistem sokongan (2cd), BTP
31. Electricity, BTP
32. Siste Pembiakan Manusia
33. Dadah Tkn 4
34. Respiration, BTP
35. Penambahan dan penolakan cahaya
36. Meneroka Sistem Tuas
37. The super spring pen, BTP
38. Jadual berkala unsure
39. Fizik keradioaktifan
40. Koordinadi Tkn 4
41. Dwibahasa Tkn 4
42. Pembiakan Tkn 3
43. Safety in the science lab, BTP
44. The human Brain
45. Coorperative Learning
46. Matter, BTP
47. Dental Diseases
48. Pepejal dan isipadu
49. Pecutan Kognitif
50. Electrostatic
51. Body Coordination
MATEMATIK
1. Sudut Dongak dan sudut tanduk (2cd), BTP
2. Matematik Tkn 1, BTP
3. Geometri Koordinat, BTP, 2005
4. Idea had Tkn 4, BTP 2002
5. Matematik Tambahan, BTP, 2003
6. Matematik Tkn 4, BTP
7. Robot Qurard, BTP, 2006
8. Integers Form 2, BTP, 2003
9. Nombor Negatif Tkn 2, BTP
10. Lokus dalam 2 matra (2cd), BTP
11. Kecerunan dan luas di bawah graf Tkn 5, BTP
12. Pendaraban 2 matriks, BTP, 2003
13. Sisi 4 (2cd), BTP
14. Pelan dan dongakan Tkn 5 , BTP, 2002
15. Trigonometri II Tkn 4, BTP
16. Statistics- Histrogram, BTP, 2005
17. Percentage, BTP
18. Matematik Tkn 4 & 5, BTP
19. Matematik Tkn 2- Penjelmaan (2cd), BTP
20. Matematik Tambahan Hukum Linear, BTP, 2004
21. Matematik Tkn 5, BTP 2001
22. Isipadu kubus dan kuboid, BTP
23. Waves, BTP
24. Pilihatur dan gabungan, BTP, 2005
25. Taburan kebarangkalian, BTP, 2005
26. Kebarangkalian Mudah, BTP, 2005
27. Area Form 1, BTP 2005
28. Multiple 1, BTP 2005
29. Negatif number 1, BTP, 2003
30. Graph Function II, BTP, 2007
31. Loci in two dimensions, BTP, 2002
32. Gandaan dan Faktor, BTP, 2003
33. Perimeter and Area 1, BTP
34. Transformation, BTP
35. Integers, BTP, 2006
PENDIDIKAN ISLAM
1. Ayat-ayat hafazan dan terjemahan Sek. Men., BTP, 2004
2. Bersuci asas kebersihan Tkn 4, BTP
3. Ayat Kefahaman dalam Pendidikan Islam Tkn 3, BTP, 2007
4. Bahasa Arab, BTP, 2006
5. Cara-cara mengerjakan Haji dan Umrah Tkn 4, BTP, 2005
6. Ibadah Puasa, BTP, 2005
7. Hadith-hadith Pilihan Sek. Men., BTP, 2006
8. Akidah dan Sirah Tkn 1 (2cd), BTP, 2008
9. Tamadun Islam Tkn 5 (2cd), BTP, 2008
10. Akidah dan Tamadun Islam Tkn 4 (2cd), BTP, 2008
11. Akidah Tkn 2 (3cd), BTP, 2008
12. Sirah Tkn 2 (2cd), BTP, 2008
13. Akidah Tkn 5, BTP, 2008
EKONOMI
1. Konsep keanjalan harga permintaan, BTP, 2005
2. Jejak Ekonomi, BTP, 2005
SEJARAH
1. Pembaharuan dan pengaruh Islam di Malaysia sebelum kedatangan Barat, BTP, 2004
2. Sejarah Tkn 4, BTP
3. Sejarah Tkn 5, BTP
GEOGRAFI
1. Kelapa, BTP, 2001
2. Pergerakan Plat Tektonik, BTP, 2005
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
1. Penyakit Tibi (tuberculosis), BTP, 2004
PENDIDIKAN SENI VISUAL
1. Catan – cat air, BTP, 2005
CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA
1:55:00 am
psssmkdanganum
CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Projek Pukal
Setiap kelas dibekalkan 30 – 50
buah buku dan murid dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana mampu
Anotasi Buku
Murid digalakkan untuk banyak
membaca dan membuat ulasan tentang cerita yang dibaca di dalam buku rekod.
Ulasan ini boleh dibentangkan semasa perhimpunan dan murid boleh mendapat
markah Rakan Pembaca untuk aktiviti ini.
Khemah Membaca
Kem ini diadakan pada tiap-tiap
tahun. Murid akan didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian
maklumat, ADD dan kerja projek.
Kuiz Bestari
Pada setiap bulan, soalan
dikemukakan dan kelas akan menghantar penyertaan yang mebincangkan isu-isu
berkaitan Kemanusiaan, Alam Sekitar, Kesihatan, Sejarah, Keselamatan Jalan
Raya, Bahaya Dadah dan Bahasa. Pemenag akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.
CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM
1:54:00 am
psssmkdanganum
CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM
Murid
Murid membaca buku yang sesuai
dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul,
penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Guru
Guru mengesahkan serta
menandatangani rekod bacaan murid. Data rekod murid hendaklah diserahkan kepada
Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisis. Mulai 2010, i-NILAM diperkenalkan oleh
BTP dan semua data berkaitan NILAM telah diup load (muat naik) ke sistem
i-NILAM BTP (http://btp.tarantula.my). SK Bandar Pusat melalui JK NILAM telah
melantik jawatankuasa tetap upload data NILAM mengikut kelas yang diselaras
oleh Penyelaras NILAM iaitu Ketua Panitia Bahasa Melayu.
Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul
dan diselaraskan di peringkat kelas, negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.
Pengiktirafan dan
Ganjaran
Data rekod bacaan yang
dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga
perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang
tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.
MAKSUD NILAM
1:50:00 am
psssmkdanganum
Maksud NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan
masyarakat Malaysia
yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
Program NILAM ini merangkumi
rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui
aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. Ia merupakan program penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Program ini telah mula dengan
Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka
diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Sumber:
Saturday, 29 September 2012
MATLAMAT & OBJEKTIF NILAM
6:10:00 am
psssmkdanganum
Matlamat:
Matlamat Program Nilam ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan pelajar.
Objektif:
- Menjadikan pelajar banyak membaca
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat suka membaca
PELAKSANAAN NILAM
5:53:00 am
psssmkdanganum
Pelaksanaan Nilam:
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
- Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
- Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
- Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
- Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
- Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
- Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
- Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
- Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
- Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Friday, 28 September 2012
TAHAP PENILAIAN NILAM
10:25:00 pm
psssmkdanganum
TAHAP PENILAIAN NILAM
Program NILAM mempunyai dua tahap.Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat.Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan murid dan percambahan penggunaan bahan dalam pergerakan membaca.Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
SEKOLAH MENENGAH
Jumlah
Bacaan
|
Ganjaran
|
72-143
|
Gangsa
|
144-215
|
Perak
|
216-287
|
Emas
|
288 ke
atas
|
NILAM
|
MAKSUD NILAM
9:45:00 pm
psssmkdanganum
Maksud Nilam:
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
a) Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
b) Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
c) Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.
AKTIVITI BILIK TAYANG
8:01:00 pm
psssmkdanganum
Aktiviti Bilik Tayangan
1. Guru menggunakan bilik tayang sebagai kelas interaktif iaitu untuk menonton video atau memaparkan slide power point
2. Guru menggunakan untuk menjalankan mesyuarat
3. Pelajar menggunakan untuk membuat perbincangan dengan rakan-rakan
AKTIVITI PUSAT AKSES
7:48:00 pm
psssmkdanganum
Aktiviti Di Pusat Akses SMK Dang Anum
- Pelajar dan guru boleh mengakses internet rangkaian schoolnet (10 buah komputer)
- Pelajar dan guru boleh mendapatkan Koleksi CDRI
- Pelajar boleh mengikuti Pertandingan Membuat Blog dan Power Point
Tuesday, 25 September 2012
MOTO DAN OBJEKTIF
7:29:00 am
psssmkdanganum
MotoCelik Maklumat
Objektif
- Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencapai maklumat melalui penguasaan ICT.
- Melahirkan pelajar yang berdaya saing untuk memajukan diri seiring dengan perubahan teknologi.
- Membolehkan pelajar melaksanakan Pembelajaran Kendiri dengan lebih berkesan.
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT pelajar dalam pembelajaran sepanjang masa.
VISI DAN MISI PUSAT AKSES SMKDA
7:18:00 am
psssmkdanganum
VisiMembentuk Pusat Akses sebagai sumber ilmu dan maklumat untuk kecemerlangan pelajar SMKDA.
Misi
- Menjadi penggerak dalam melahirkan warga SMKDA yang berilmu, berwawasan dan sentiasa meningkatkan pengetahuan melalui pengusaan ilmu dan maklumat.
- Menggalakkan dan memperhebatkan penggunaan teknologi dalam menimba ilmu.
- Meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan pusat akses.
- Membolehkan pelajar membuat pembelajaran kendiri.
PIAGAM PUSAT AKSES SMKDA
7:08:00 am
psssmkdanganum
Piagam Pusat Akses
- Memberi perkhidmatan ICT yang bermutu
- Memastikan pelajar mematuhi peraturan dan jadual penggunaan Pusat Akses Sekolah sepanjang masa dengan tegas.
- Melahirkan pelajar yang berilmu dan berwawasan dalam meningkatkan penguasaan teknologi maklumat.
- Membolehkan warga sekolah mendapat maklumat melalui penggunaan teknologi maklumat sepanjang waktu persekolahan.
- Bersikap toleransi dan bekerjasama dalam meninggikan tahap penggunaan dan penguasaan ICT pelajar.
- Membolehkan pengguna/pelajar membuat pembelajaran kendiri dan pembelajaran terancang.
- Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan mesra kadar segera.
- Mewujudkan institusi IT yang berkualiti dan menarik.
MASA BEROPERASI
6:27:00 am
psssmkdanganum
ISNIN-KHAMIS
7.40 am—5.00 pm
JUMAAT
7.40 am—12.00 pm
2.40 pm—5.00 pm
SABTU / AHAD /
HARI KELEPASAN AM TUTUP
AKTIVITI PSS
6:20:00 am
psssmkdanganum
Di antaranya adalah:
· Ulasan buku baru PSS
· Perlantikan Pengawas Pusat Sumber
· Buletin PSS Al-ilmiah
· Pertandingan Sudut bacaan terbaik
· Fotografi PSS
· Explorasi PSS
· Minggu Pusat Sumber
· Pameran Bertema
· Pengautomasi Bahan Buku
· Memproses dan Membaikpulih Buku
· Galeri Merdeka
· Jualan Kad Keahlian dan Kad Nilam
· Mesyuarat dan Taklimat Progran Nilam
· Bengkel literasi maklumat
· Pemilihan Calon Tokoh Nilam
· Lawatan Ilmu Ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC
PIAGAM PSS SMKDA
6:14:00 am
psssmkdanganum
Piagam PelangganSelamat Datang Anda adalah Pelanggan Kami. Kami bersedia memberi perkhidmatan yang cekap, teliti, adil dan saksama kepada anda berdasarkan undang-undang sekolah dan peraturan-peraturan perpustakaan yang ditetapkan.
Sunday, 23 September 2012
MATLAMAT DAN STRATEGI
1:13:00 am
psssmkdanganum
Matlamat
Mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria, kreatif, progresif, berinovasi, interaktif, berteknologi lagi efektif bagi melahirkan anak didik yang mantap serta seimbang pencapaiannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum di samping mampu bersaing di zaman siber ini dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Pendidikan Sekolah, dan Visi serta Misi Pusat Sumber SMK Dang Anum serta selari dengan pemupukan profesionalisme tenaga pengajar yang benar-benar memahami dasar kewujudan, pengoperasian, serta peranan Pusat Sumber sebagai minda sesebuah sekolah.
Strategi
- Memupuk minat pelajar terhadap semua mata pelajaran khususnya mata pelajaran bahasa Inggeris dengan menambahkan kuantiti bahan bacaan
- Meningkatkan kualiti pengurusan serta keberkesanan perlaksanaan Program NILAM
- Mengadakan bengkel-bengkel penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber serta kemahiran ICT untuk guru-guru serta Pengawas Pusat Sumber
- Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan komponen-komponen Pusat Sumber
- Mempertingkatkan keceriaan Pusat Sumber selari dengan peranannya sebagai gedung ilmu
- Menggandakan usaha ke arah pembentukan suasana pendidikan bestari
- Memberikan pendedahan berterusan tentang peranan dan pengoperasian PSS kepada warga sekolah serta memperluaskan skop perkhidmatannya
- Menghidupkan suasana kekeluargaan di kalangan semua warga SMKDA di samping mengeratkan hubungan dengan PKG, dan BTPN
OBJEKTIF
1:10:00 am
psssmkdanganum
Objektif Pusat Sumber Sekolah
- Membantu murid-murid ke arah pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan iaitu pembelajaran berteraskan sumber.
Melengkapkan murid-murid dengan kemahiran pembelajaran seumur hidup serta asas kemahiran ilmu ICT.
Mewujudkan masyarakat yang berfikir dengan memberi peluang kepada murid-murid untuk memiliki konsepsi tentang pengetahuan, maklumat, nilai-nilai intrinsik estetik, kebenaran dan tujuan hidup.
Dapat membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, boleh berinteraksi sesama mereka, bekerjasama, berdisiplin serta memahami alam sekitar.
Menambah koleksi BBM yang selari dengan keperluan semasa .
Dapat memupuk tabiat bacaan sukarela serta memperkayakan ilmu, nilai dan akhlak sendiri.
Menanamkan semangat cintakan sekolah, ingin maju serta berdaya saing untuk mengharungi zaman siber.
Menjayakan sistem sirkulasi bahan-bahan PSS secara digital.
Dapat meningkatkan minat serta kualiti penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid.
Memperbetulkan konsep serta persepsi warga sekolah tentang sistem pengoperasian dan fungsi PSS sebagai minda sesebuah sekolah.
VISI DAN MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
1:00:00 am
psssmkdanganum
Visi
Berupaya membentuk insan yang berinformasi dan berminda bestari kearah pembentukan warga sekolah yang berkualiti
Misi
Membantu Pentadbiran sekolah menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti bagi peningkatan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum yang cemerlang seterusnya melahirkan pelajar yang berketerampilan, versatile dan berakhlak mulia selari dengan Falsafah Pendidikan Negara